
Ngeri! Lelaki Ditelan Lubang Misteri Gagal Diselamatkan | SEFFNER, Florida - Para penyelamat terpaksa menghentikan operasi mencari mayat seorang lelaki, Jeff Bush yang ditelan sebuah lubang yang terbentuk dengan tiba-tiba di dalam bilik tidur rumahnya di sini.
Lubang selebar enam meter itu semakin membesar menyebabkan kerja-kerja untuk mencari Jeff berdepan risiko bahaya yang besar.
Jeff, 36, menjerit meminta pertolongan semasa dia jatuh ke dalam lubang tersebut pada malam Khamis lalu.
Adiknya, Jeremy, 35, memberitahu, ketika kejadian, Jeff sedang tidur di atas katil di dalam bilik itu.
Bagaimanapun, katanya, dia kemudian terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum diikuti jeritan abangnya.
Menurutnya, dia kemudian berlari ke bilik Jeff dan menekan suis lampu sebelum mendapati abangnya ditelan ke dalam lubang tersebut.
Jeremy menyatakan, dia kemudian menggali dengan tangan ke dalam lubang tersebut untuk menyelamatkan abangnya tetapi gagal.
Rumah tersebut juga akan dimusnahkan oleh pasukan penyelamat.
Pakar-pakar menyatakan terdapat ribuan lubang benam itu di Florida disebabkan struktur geologi di negeri ini.
"Sukar terdapat kawasan yang kebal daripada kejadian lubang benam itu di Florida," kata seorang pemilik syarikat perunding geologi di Tampa, Sanddy Nettles.
Keadaan itu berlaku kerana Florida terletak di atas permukaan batu kapur yang menyebabkan tanahnya mudah terbenam. - Agensi


0 komentar:
Posting Komentar